Dr Annuar Rapaee dicalonkan semula mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Nangka.
Ketika menyampaikan ucapan semasa Pameran Usahawan Sibu, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Dr Annuar adalah pemimpin berpotensi dan harus kekal berkhidmat demi pembangunan Sibu.